Tangkap, atau jadi pewaris Saka!
Semua hantu telah terlepas.
Kini, tugas anda adalah untuk menangkap mereka—sebelum Saka memilih anda sebagai pewaris.
Tangkap Hantu ialah permainan kad santai berunsur seram yang sesuai dimainkan bersama rakan dan keluarga. Mudah dipelajari, tetapi penuh debaran di setiap pusingan—anda mungkin dapat kad yang anda membawa sumpahan.
Apa Dalam Kotak?
36 keping kad (termasuk kad arahan)
Ilustrasi hantu unik dengan identiti tersendiri
2-4 orang pemain.
Cara Bermain (Ringkas)
Kumpulkan pasangan kad hantu yang sama untuk “menangkap” mereka
Buang pasangan tersebut ke tengah bulatan
Elakkan menjadi pemain terakhir yang memegang kad Saka